Sejarah Kartografi

&

Pemetaan Dunia

K

A

R

T

O

G

R

A

F

I

  • Kartografi, atau ilmu pembuatan peta, telah menjadi sebahagian daripada sejarah manusia selama ribuan tahun.
  • Dari lukisan gua ke peta purba Babylon, Yunani, dan Asia, hingga ke peta moden bermula Zaman Eksplorasi.
  • Pada abad ke-21, peta digunakan sebagai alat penting untuk membantu tunjuk arah / navigasi jalan ke serata dunia.
  • Peta bermula sebagai lukisan dua dimensi (2D) ke bentuk tiga dimensi (3D) (glob, cakera, model dll) dan ada juga disimpan dalam bentuk nombor/angka.

Istilah KARTOGRAFI / CARTOGRAPHY - dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris dari bahasa Perancis 'cartografie' pada tahun 1840-an.

 

Carta - Carto - Chart - Kertas - Paper - Map - Peta

Graphy - Writing - Menulis

Cartographer @ Pembuat Peta

  • Pembuatan peta tidak hanya mewakili dunia mereka, mereka membuat peta daripada sumber-sumber yang ada di zaman mereka.
  • Semua berkisar tentang dunia pada masa itu - samada fakta atau mitos.
  • Peta adalah salah satu sumber sejarah.
  • Buku / manuskrip memerlukan peta untuk menyokong keberadaan sejarah itu di suatu tempat.

Sumber Peta Purba:

  • Pedagang / penjelajah
  • Penerokaan kuasa
  • Ekspedisi sendiri
  • Dokumentasi (manuskrip / buku)

PETA

Kuasa . Penjajahan . Kedudukan

SEJARAH PEMETAAN DUNIA

Babylon - Imago Mundi

(600 BC)

".. ini adalah peta dunia,

Babylon adalah dunia .."

  • Percubaan pertama untuk memetakan seluruh dunia dimulakan oleh orang Babylon.
  • Peta dunia terawal yang dibuat dari pandangan mata burung.
  • Ia digambarkan dengan tanah yang dikelilingi oleh laut, Babylon sebagai pusat, dan yang penting bagi mereka;

"Babylon adalah dunia .."

Peta dunia Babylon diukir pada tablet

Tablet yang dijumpai di Baghdad, Iraq kini disimpan di Muzim British.

Peta dunia Babylon diukir pada tablet

Apa yang terkandung di dalam Imago Mundi?

1. Gunung
2. Bandar
3. Gunung Ararat
4. Wilayah Assyria
5. Wilayah Der
6. Tiada maklumat
7. Kawasan berpaya
8. Susa (ibu kota Elam (Tamadun awal Iran)
9. Sungai Euphrate
10. Wilayah / Bandar Bit Yakin

11. Bandar
12. Wilayah Habban

13. Pusat Bandar Babylon
14 - 17. Laut masin

18 - 22. Wilayah luar Babylon

23 - 25. Tiada maklumat

 Anaximander of Miletus

(546 BC)

".. alam semesta ini tidak bersempadan,

tetapi tidaklah dunia ini .."

  • Digelar sebagai pembuat peta (cartographer) pertama di dunia.
  • Pertama yang menggambarkan keseluruhan dunia.
  • Tetapi hanya meliputi Dunia Lama. (Dunia Baru mula dijumpai pada Zaman Eksplorasi)
  • Mengandungi Benua / Wilayah : Eropah, Asia, dan Libya, yang dikelilingi oleh lautan.

Peta dunia Anaximander yang diperbaiki oleh Hecataeus (476 BC)

Marinus of Tyre

(120 AD)

".. yang pertama mengambil serius tentang subjek ini .. -Ptolemy"

  • Peta dunia pertama yang menunjukkan timur jauh, iaitu China.
  • Pengasas kepada Unjuran Peta (Map Projection) Equirectangular/Plate Carree.
  • Merupakan orang pertama yang memberikan lokasi dengan nilai latitud/longitud dan beliau menggunakan Kepulauan Fortunates sebagai meridien utama.
  • Beliau juga yang pertama mencipta istilah Antarctica bagi kutub selatan, sebagai berlawanan/anti dengan Arctic di kutub utara.

"..tokoh yang banyak dirujuk dan disebut oleh Ptolemy di dalam kitabnya yang terkenal 'Geografi'.."

Peta dunia Marinus yang dilakar kembali berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kitab 'Geografi' oleh Ptolemy.

Kedudukan Kepulauan Fortunates (kini dikenali sebagai Kepulauan Canary di barat Morocco) yang dijadikan Marinus sebagai meridian utama bagi latidud dan longitud peta beliau.

  • Unjuran Peta Equirectangular yang dicipta oleh Marinus.
  • Oleh kerana unjuran ini sangat 'simple' dan sangat terherot, ia tidak banyak/sesuai digunakan untuk navigasi.
  • Walaubagaimanapun, ia masih digunakan oleh aplikasi WorldWind (NASA) dan Celestia kerana hubungkaitnya yang sangat mudah antara pixel di peta dengan kedudukan geografinya di bumi.

Ptolemy

(150 AD)

".. segala-galanya berkenaan sains .."

  • Lakaran peta dunia pertama menggunakan garis latitud/longitud (hasil ciptaan Marinus).
  • Orang pertama menggunakan matematik dan geometri untuk mencipta manual/cara memetakan bumi menggunakan garis segi empat tepat dan bersilang (merujuk Unjuran peta Equirectangular).
  • Kitab 'Geografi' Ptolemy banyak merujuk kepada hasil kerja Marinus dan beliau mengembangkan lagi ilmunya dalam bentuk sains dan matematik.

Peta dunia Ptolemy, digambarkan semula mengikut kitab Geografinya oleh para biarawan di Constantinople sekitar abad ke-13, menunjukkan "Scythia" (Pakistan) di tengah, "Sinae" (China) di sebelah kanan melangkaui pulau "Taprobane" (Ceylon atau Sri Lanka) dan "Aurea Chersonesus" (semenanjung Malaysia).

Peta dunia Ptolemy yang dibentuk semula.

Info: Aurea Chersonesus

  • Istilah dirujuk daripada teks Ramayana (500 BC) yang menggelar Semenanjung Malaysia sebagai 'Suvarnabhumi' atau Semenanjung Emas.
  • Semenanjung Malaysia pada zaman purba terkenal dengan perlombongan emas.
  • Pada abad ke-14 hingga ke-16 dicatatkan oleh Portugis, Patani dan Pahang adalah pengeluar emas utama.
  • Sehinggalah ke abad ke-18, banyak gelaran diberi seperti Kim Sua (pedagang China), 'Lofty Mountain' (Era Majapahit) dan Ophir (pengkaji British) merujuk kepada kelimpahan emas di semenanjung ini.

".. Kenapa Semenanjung Emas? "

".. Apa justifikasi gelaran tersebut? .."

  • Secara geologinya, Semenanjung Malaysia mempunyai 4 jalur emas utama.
  • Jalur barat (1) - mengandungi paling banyak taburan emas tetapi belum pernah dilombong sehingga kini.
  • Jalur tengah (2) - merupakan jalur utama perlombongan emas primer Malaysia (mengunjur dari Gunung Stong di Kelantan ke Gunung Ledang di Johor) dengan pengeluaran sebanyak 4000 kg setahun.
  • Jalur 2 juga dikenali sebagai Sutura Raub - Bentong.
  • Jalur timur (3 & 4) - tapak lombong emas purba. Kini hanya emas sekunder yang dibawa oleh sungai banyak dilombong.

"Perlanggaran 2 plat utama pada 200-300 juta tahun dahulu yang membentuk Semenanjung Malaysia membawa kepada keunikan semenanjung kecil ini yang mewah dengan bijih berharga"

Sibumasu VS Indochina

Al-Idrisi

(1154 AD)

".. aku tinggalkan semua yang aku miliki, di dalam 'One Piece'.."

  • Peta dunia paling tepat dan padat dari segi astronomi dan geografi pada abad ke-10 hingga ke-13.
  • Petanya ini tidak pernah diubahsuai dan sah digunakan selama lebih 300 tahun oleh ahli geografi dan pelayar dunia.
  • Menginspirasi pelayar-pelayar terkenal dunia (Eg. Christopher Columbus, Vasco da Gama & Piri Reis) yang membawa kepada penemuan dunia baru.
  • 70 halaman peta berserta keterangannya dibukukan dan diberi nama 'Tabula Rogeriana' atau 'Kitab Rujar @ Roger'.
  • Peta sama dibina ke dalam bentuk 1 cakera perak (planisphere) seberat 130 kg dan berdiameter 80 inci.
  • Planisphere ini dianugerahkan kepada King Roger, siap sempurna hanya 2 minggu sebelum kemangkatan King Roger.
  • 'Karya Agung' (Kitab & Planisphere) ini musnah dan hancur akibat pergolakan yang berlaku selepas kemangkatan King Roger.
  • Peta dunia edisi ke-2 Al-Idrisi sahaja yang kekal hingga kini (dibuat untuk pewaris King Roger, William the Bad) tetapi tidak selengkap edisi-1.

Peta dunia Al-Idrisi

  • Dibina dengan kutub utara terletak dibawah (terbalik).
  • Setiap rantau diterangkan di dalam kitab Roger Al-Idrisi tentang iklimnya, senarai bandar-bandar utama dengan perihalan bandar-bandar tersebut, jarak antara bandar, budaya, bahasa dan agama penduduk dan banyak lagi.
  • Sarjana-sarjana dunia waktu itu bersepakat mengatakan, " tiada raksasa di dalam peta beliau, melainkan maklumat yang benar sahaja.. "

Siapakah King Roger?

  • Raja pertama bangsa Norman kerana berjaya menyatukan kesemua wilayah jajahan Norman berpusat di Sicily, Italy.
  • Bangsa Norman adalah dari susur galur bangsa Viking yang terkenal dengan penjajahan dan kuasa laut.
  • Beliau melantik Al-Idrisi sebagai 'The King's Hand' dan ditugaskan untuk membuat peta dunia @ Kitab Roger dengan bantuan armada lautnya.
  • Armada lautnya diketuai oleh pelbagai Admiral berbilang bangsa (Islam,Kristian,Yahudi) yang menjadi simbol perpaduan di empayar beliau.

Info: Perkataan Admiral berasal dari gelaran King Roger kepada ketua-ketua armada lautnya iaitu Ammiratus Ammiratorum (asalan bahasa arab: Amir Al-Umara) yang bermaksud ketua bagi segala ketua.

Dimanakah Malaysia di dalam Peta Dunia Al-Idrisi?

  • Gezira al kamar uahija gezira malai = Tanah Khmer dan Tanah Melayu
  • Malai/Mala/Malayu adalah perkataan yang dikenali oleh orang luar iaitu merujuk kepada penduduk dan wilayah Empayar Melayu Srivijaya pada sebelum abad ke-10, iaitu 600-700 tahun sebelum Kesultanan Melayu Melaka.
  • Peta kedudukan kuasa Asia Tenggara pada abad ke-9.
  • Empayar Khmer - warna merah.
  • Empayar Srivijaya - warna hijau pisang.
  • Empayar Srivijaya (Malai) dan Khmer (Kamar) adalah 2 tamadun besar di Asia Tenggara pada waktu itu.
  • Empayar Srivijaya juga dikenali sebagai Zabaj yang direkod oleh pengembara Arab pada abad ke-9.
  • Beliau menggelar Zabaj sebagai sebuah tempat padang rumput emas dan lombong permata.

Gerardus Mercator

(1569 AD)

".. pelopor unjuran peta terkenal di dunia .."

  • Selain Ptolemy, Gerardus Mercator adalah tokoh paling berpengaruh dalam sejarah pembuatan peta.
  • Mercator telah menyelesaikan masalah untuk meratakan permukaan bumi supaya ia dapat dipaparkan pada peta.
  • Pengasas unjuran peta Mercator.
  • Beliau yang pertama menggunakan perkataan 'Atlas' bagi buku koleksi peta-peta di dunia.
  • Unjuran Mercator terkenal digunakan untuk tujuan navigasi laut sehingga abad ke-19 kerana ketepatan arah bearing dan skala pada peta beliau.
  • Kini pelbagai pembekal servis peta menggunakan unjuran ini untuk memaparkan peta mereka dengan variannya iaitu Web Mercator atau Google Mercator seperti Google Maps, Bing Maps, OpenStreetMap, MapQuest, Yahoo! Maps dan lain-lain.

Peta Dunia Mercator

  • Saiz sebenar negara di utara/selatan lebih kecil daripada gambaran pada peta yang menggunakan unjuran Mercator.
  • Negara yang berkedudukan di Garisan Khatulistiwa tidak banyak mengalami perubahan saiz.
  • Unjuran Mercator hanya sesuai digunakan bagi kawasan di antara 80° Utara hingga 80° Selatan dari Garisan Khatulistiwa.

(layari thetruesize.com untuk melihat sendiri bagaimana unjuran Mercator mengherot dunia kita)

Secara umum, apakah itu unjuran peta (map projection)?

  • Transformasi kelengkungan (curve) bumi kepada kerataan (flat) peta.
  • Semua jenis unjuran akan mengherot permukaan bumi.
  • Jenis unjuran yang paling luas digunakan adalah jenis silinder.
  • Bagi unjuran jenis silinder, tempat yang berada di meridian 0 longitud adalah paling tepat tanpa herotan.
  • Setiap negara mempunyai unjuran sendiri dengan tujuan meminimakan herotan.

Unjuran peta tidak boleh mengekalkan kesemua 6 perkara ini bagi sebuah bumi ke dalam peta:

  • Luas Kawasan
  • Bentuk
  • Arah
  • Bearing
  • Jarak
  • Skala

3 Jenis Unjuran Peta

Conic

Azimuth

Cylindrical

World Geodesy System 1984 vs Mercator

WGS 84 (EPSG:4326) Web Mercator (EPSG:3857)
Sistem koordinat yang tidak diunjur (Non-projected) Sistem koordinat yang diunjur (Projected)
Latitud/Longitud WGS 84 dihasilkan oleh GPS dalam unit Degree Latitud/Longitud WGS 84 diubah ke unjuran koordinat Mercator dalam unit Meter
Digunakan untuk simpan data lokasi sebenar (Storan) Digunakan untuk memaparkan lokasi pada peta (Visualisasi)
Menggambarkan kelengkungan bumi (Curve-Earth) Menggambarkan kerataan bumi (Flat-Earth)
Google Earth Google Maps

Data yang menggunakan EPSG:4326 tanpa diunjurkan ke mana-mana unjuran, jika dipetakan, akan menggunakan Unjuran Equirectangular, unjuran paling 'simple' tapi sangat terherot.

Oleh itu, data yang hendak divisualisasikan ke peta perlulah diunjurkan ke mana-mana unjuran yang sesuai.

Contoh:

  • Web Mercator (EPSG:3587)

Menggunakan Indicatrix Tissot, ini adalah sebab mengapa Unjuran Equirectangular tidak sesuai digunakan untuk navigasi berbanding Mercator.

Rectified Skew Orthomorphic (RSO) vs Mercator

RSO Mercator
Definisi Sama Sama

yang bezanya ...

  • RSO ialah Mercator yang dicondongkan mengikut keutamaan negara yang menggunakannya.
  • Ada 2 jenis RSO Malaysia; Malaya (Datum: Kertau) & Borneo (Datum: Timbalai).
  • 15° dari garisan tengah adalah sangat atau menghampiri ketepatan lokasi nyata.

Malaya RSO

Kesimpulannya ...

Tiada peta yang paling baik atau paling bagus di kalangan peta yang lain..

Semuanya bergantung pada apakah tujuan asal peta itu dihasilkan..

Terima Kasih

Made with Slides.com