Pemantauan (Monitoring)

Apa itu pemantauan?

Proses menjejak, menganalisis dan memaparkan laporan prestasi sistem aplikasi  untuk membantu pasukan operasi mengenal pasti dan menyelesaikan isu dengan lebih efisien

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 158

Aktiviti pada peringkat pemantauan

  • Pemantauan Sistem
  • Pemantauan prestasi sistem aplikasi
  • Perancangan kapasiti (capacity planning)
  • Pemantauan maklum balas pengguna

Konsep Kebolehperhatian (Observability)

Ditakrifkan sebagai bagaimana pasukan membuat tafsiran terhadap keadaan sistem berdasarkan output yang diperoleh daripada aktiviti pemantauan

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 163

1. Pemantauan Sistem

Proses untuk memantau log, penggunaan sumber dan kadar ketersediaan sistem

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 169

Aktiviti dalam pemantauan sistem:

  • Pemantauan log
  • Pemantauan infrastruktur
  • Pemantauan uptime

2. Pemantauan Prestasi Sistem Aplikasi

Proses mengumpul data untuk membantu pasukan mengesan ralat, memantau penggunaan sumber dan mengesan perubahan prestasi yang berlaku dalam sistem aplikasi seterusnya memberi kesan terhadap pengalaman pengguna

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 173

  • Pemantauan Prestasi Aplikasi (APM)
  • Pemantauan Pengguna Sebenar (RUM): Peranti pengguna, versi pelayar tindakan yang diambil oleh pengguna, dll
  • Pemantauan Sintetik: Simulasi Interaksi Pengguna

3. Perancangan Kapasiti Sistem (Capacity Planning)

Memastikan perkhidmatan sistem aplikasi dan kapasiti infrastruktur dapat menyokong penyampaian perkhidmatan berdasarkan sasaran tahap perkhidmatan yang telah ditetapkan

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 174

4. Pemantauan Maklum Balas Pengguna

Membantu meningkatkan kualiti sistem aplikasi. Saluran maklum balas seperti meja bantuan boleh digunakan sebagai medium pengantara untuk pengguna memberikan maklum balas berkaitan sistem aplikasi

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 176

Serahan / Output Peringkat Pemantauan

  • Paparan Pemantauan Log
  • Paparan Pemantauan Infrastruktur
  • Paparan Pemantauan Uptime
  • Paparan Pemantauan Prestasi Aplikasi (APM)
  • Paparan Pemantauan Pengguna Sebenar (RUM)
  • Paparan Pemantauan Sintetik
  • Laporan Perancangan Kapasiti
  • Hasil pemantauan maklum balas pengguna

Panduan DevOps Sektor Awam - Muka Surat: 179

Apa itu Elastic Observability?

Elastic Observability menyediakan satu platform yang mengumpulkan data log, metrik infrastruktur, data uptime, data jejak (traces) transaksi sistem aplikasi, data
pengalaman pengguna dan data sintetik

Pemantauan Prestasi Aplikasi (APM)

Your feedback matters

There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, and learning from failure. - Colin Powell

THANK YOU