Satu Kajian terhadap Amalan Pengurusan dan Penyebab Stress Kumpulan Sokongan
di Penjara Kluang
NURADILA , FARYANTI, NURAYU, KAMALIAH, & NURDIANA
Satu kajian telah di lakukan di kalangan 92 orang dari kumpulan sokongan dari Jabatan Penjara Kluang, Johor. Matlamat kajian adalah untuk mengkaji amalan pengurusan yang diamalkan di dalam organisasi dan bagi mengenalpasti sama ada 10 faktor kemungkinan penyebab stress kepada kumpulan sokongan terbabit. Soal selidik Tekanan Indvidu (Kumpulan Sokongan) dan Skala Likert digunakan untuk pengukuran gejala tekanan dan tekanan kerja kakitangan kumpulan sokongan. Kajian mendapati empat faktor utama penyebab tekanan iaitu bebanan kerja, pengagihan tugas, kekurangan sumber dan karenah banduan. Ciri sosiodemografi dan faktor keluarga juga tidak dapat dikaitkan dengan prevalens tekanan. Secara keseluruhan kebanyakan responden yang mengalami stress menunjukkan gejala ketegangan, keresahan, penurunan prestasi, serta lain-lain gejala fizikal.
Kata kunci: Amalan pengurusan, stress, jabatan penjara kluang.
satu kajian akan dibuat ke atas sebuah organisasi (agensi awam) iaitu Jabatan Penjara Kluang.
Tajuk kajian yang dipilih adalah ‘Satu Kajian terhadap Amalan Pengurusan dan Penyebab Stress Kumpulan Sokongan di Penjara Kluang’.
Stress atau tekanan pekerja boleh menyumbang ke arah penurunan prestasi kerja individu dan kumpulan serta menjejaskan imej sesebuah organisasi.
Kumpulan sokongan dipilih sebagai sample kajian adalah kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai tugasan.
Memandangkan tenaga kerja mereka dilihat penting dalam memainkan peranan menguruskan pelbagai kerja, maka pihak jabatan harus peka dengan permasalahan mereka.
Fokus kajian ini bagi mengenalpasti amalan pengurusan dan faktor penyebab stress di kalangan kumpulan (kakitangan) sokongan di Penjara Kluang dalam menangani tugasan seharian.
Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah faktor-faktor berikut merupakan peramal yang signifikan terhadap stress dalam kumpulan sokongan di Jabatan Penjara Kluang iaitu bebanan tugas, sokongan dan penghargaan dari pihak pentadbir, pembahagian kerja, kekurangan infrastruktur dan sumber, kemahiran kerja, karenah banduan, hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan pegawai atasan, masalah peribadi (keluarga), dan minat terhadap kerjaya?
ii. Apakah amalan-amalan pengurusan yang dilakukan di Jabatan Penjara Kluang?
Terdapat beberapa teori atau model stress yang berkaitan dengan pekerjaan (kerjaya) iaitu: Model Stress Tuntutan-Kawalan (Karasek, 1979); Model Stress Tuntutan-Kawalan-Sokongan (Karasek & Theorell, 1990); Model Stress Cooper (1998); Model Stress Pekerjaan (Palmer & Cooper, 2004).
Dalam konteks tempatan pula, Jaafar Muhammad (2003) telah mengemukakan Model Punca Tekanan yang merupakan model umum dalam melihat punca tekanan yang mungkin berlaku dalam sesebuah organisasi.






Komposisi Kumpulan -Latar belakang individu yang berbeza seperti faktor demografik (usia, jantina, kelayakan akademik).
Fungsi Kumpulan -Fungsi setiap kumpulan . kerjasama antara anggota dalam setiap kumpulan. Dilihat kurang memberi kotmitmen antara rakan sekerja dan bersikap lepas tangan.
Signifikan Kerja -Sesetengah individu merasakan pekerjaan yang dilakukan memberi kesan dan impak kepada orang lain. Terdapat tekanan dari unit lain dan ada di antara mereka tidak mahu bekerja shif malam dan tidak mahu kerja pada hujung minggu.
MEMUPUK SEMANGAT BERPASUKAN
LATIHAN BERTERUSAN
PEGAWAI ATASAN PERLU 'TURUN PADANG'
MENAMBAH KAKITANGAN
Dapatan kajian menunujukkan kumpulan sokongan di Jabatan Penjara Kluang mengalami tekanan kerja disebabkan oleh bebanan kerja yang tidak terbendung, agihan tugas yang tidak adil, kekurangan sumber (infrastruktur, kakitangan), serta berhadapan dengan karenah banduan. Lebih 50% daripada mereka tertekan disebabkan faktor bebanan tugas dan karenah banduan. Bebanan tugas merupakan tahap stress yang tinggi (faktor dominan) dan ianya adalah kerana kekurangan kakitangan dan penglibatan kakitangan dalam pelbagai program luar.