Satu Kajian terhadap Amalan Pengurusan dan Penyebab Stress Kumpulan Sokongan

di Penjara Kluang

NURADILA , FARYANTI,  NURAYU, KAMALIAH, & NURDIANA

ABSTRAK

Satu kajian telah di lakukan di kalangan 92 orang dari kumpulan sokongan dari Jabatan Penjara Kluang, Johor. Matlamat kajian adalah untuk mengkaji amalan pengurusan yang diamalkan di dalam organisasi dan bagi mengenalpasti sama ada 10 faktor kemungkinan penyebab stress kepada kumpulan sokongan terbabit. Soal selidik Tekanan Indvidu (Kumpulan Sokongan) dan Skala Likert digunakan untuk pengukuran gejala tekanan dan tekanan kerja kakitangan kumpulan sokongan. Kajian mendapati empat faktor utama penyebab tekanan iaitu bebanan kerja, pengagihan tugas, kekurangan sumber dan karenah banduan. Ciri sosiodemografi dan faktor keluarga juga tidak dapat dikaitkan dengan prevalens tekanan. Secara keseluruhan kebanyakan responden yang mengalami stress menunjukkan gejala ketegangan, keresahan, penurunan prestasi, serta lain-lain gejala fizikal.

 

Kata kunci: Amalan pengurusan, stress, jabatan penjara kluang. 

PENGENALAN

  • satu kajian akan dibuat ke atas sebuah organisasi (agensi awam)  iaitu Jabatan Penjara Kluang.

  • Tajuk kajian yang dipilih adalah ‘Satu Kajian terhadap Amalan Pengurusan dan Penyebab Stress Kumpulan Sokongan di Penjara Kluang’.

  • Stress atau tekanan pekerja boleh menyumbang ke arah penurunan prestasi kerja individu dan kumpulan serta menjejaskan imej sesebuah organisasi. 

  • Kumpulan sokongan dipilih sebagai sample kajian adalah kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai tugasan.

  • Memandangkan tenaga kerja mereka dilihat penting dalam memainkan peranan menguruskan pelbagai kerja, maka pihak jabatan harus peka dengan permasalahan mereka. 

OBJEKTIF KAJIAN

  • Fokus kajian ini bagi mengenalpasti amalan pengurusan dan faktor penyebab stress di kalangan kumpulan (kakitangan) sokongan di Penjara Kluang dalam menangani tugasan seharian.

  • Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:

    i. Adakah faktor-faktor berikut merupakan peramal yang signifikan terhadap stress dalam kumpulan sokongan di Jabatan Penjara Kluang iaitu bebanan tugas, sokongan dan penghargaan dari pihak pentadbir, pembahagian kerja, kekurangan infrastruktur dan sumber, kemahiran kerja, karenah banduan, hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan pegawai atasan, masalah peribadi (keluarga), dan minat terhadap kerjaya?

    ii. Apakah amalan-amalan pengurusan yang dilakukan di Jabatan Penjara Kluang?

TEORI BERKAITAN STRESS

Terdapat beberapa teori atau model stress yang berkaitan dengan pekerjaan (kerjaya) iaitu: Model Stress Tuntutan-Kawalan (Karasek, 1979); Model Stress Tuntutan-Kawalan-Sokongan (Karasek & Theorell, 1990); Model Stress Cooper (1998); Model Stress Pekerjaan (Palmer & Cooper, 2004).

Dalam konteks tempatan pula, Jaafar Muhammad (2003) telah mengemukakan Model Punca Tekanan yang merupakan model umum dalam melihat punca tekanan yang mungkin berlaku dalam sesebuah organisasi. 

METODOLOGI KAJIAN

  • BORANG SOAL SELIDIK
    • SKALA LIKERT
    • 10  INSTRUMEN STRESS
  • PEMERHATIAN
  • REKOD DATA ARKIB (LAPORAN)

BORANG SOAL SELIDIK (A)

BORANG SOAL SELIDIK (B)

DAPATAN KAJIAN

Latarbelakang Demografi

DAPATAN KAJIAN

Soal Selidik Tekanan Individu

Histogram

Jadual 1

Histogram

Jadual 2

FAKTOR PENENTU STRESS

  • Bagi menjawab objektif pertama, secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa terdapat empat (4) faktor tertinggi yang menyebabkan kumpulan sokongan ini berada dalam keadaan stress iaitu
    • faktor bebanan kerja,
    • pembahagian kerja (yang tidak adil),
    • kemudahan infrastruktur (tidak mencukupi), dan
    • karenah banduan. 

DAPATAN PEMERHATIAN

  • MENGGUNAKAN TEORI DIAGNOSIS OLEH CUMMING et al. (2001):

  • MENGDIAGNOSIS AMALAN PENGURUSAN DI TIGA (3) PERINGKAT:
    • ​ORGANISASI
    • KUMPULAN 
    • INDIVIDU

 

AMALAN DI PERINGKAT ORGANISASI

  • Stategi      --misi, objektif , belanjawan jabatan
  • Teknologi -- kemudahan sistem dan aliran kerja                          kumpulan sokongan.
  • Struktur   --Agihan sumber (pekerja)/peranan setia                     unit & kekurangan infrastuktur
  • Sistem sumber manusia --Kakitangan yang berkemahiran & Kekurangan kakitangan
  • Budaya     --bahagian ini tiada masalah kerana pegangan agama yang membentuk nilai   anggota (kakitangan).

AMALAN DI PERINGKAT KUMPULAN

  • Kejelasan Matlamat - anggota kurang memahami matlamat jabatan, unit bahagian mereka. 
  • Struktur Tugasan - bagaimana tugas dilakukan oleh anggota. Dalam pemerhatian dapat di lihat kekurangan pekerja dan mereka memang perlu bergantung kepada arahan atasan (birokrasi yang rigid) & pembahagian kerja yang tidak adil.
  • Komposisi Kumpulan -Latar belakang individu yang berbeza seperti faktor demografik (usia, jantina, kelayakan akademik). 

  • Fungsi Kumpulan -Fungsi setiap kumpulan . kerjasama antara anggota dalam setiap kumpulan. Dilihat kurang memberi kotmitmen antara rakan sekerja dan bersikap lepas tangan.

  • Norma Kumpulan -Wujud dari komunikasi. Bertindak terhadap suatu standart prestasi yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.

AMALAN DI PERINGKAT INDIVIDU

  • Kemahiran - individu kebanyakannya dilihat dapat mengatasi masalah, dan dapat mengendalikan kerja mengikut kemahiran.
  • Identiti Kerja -individu tahu tanggungjawabnya dalam setiap tugasan yang dilakukan walaubagaimanapun kerja yang tertangguh akibat pelbagai program yang dilaksanakan menyebabkan bebanan tugas kepada kumpulan sokongan ini.
  • Signifikan Kerja -Sesetengah individu merasakan pekerjaan yang dilakukan memberi kesan dan impak kepada orang lain. Terdapat tekanan dari unit lain dan ada di antara mereka tidak mahu bekerja shif malam dan tidak mahu kerja pada hujung minggu.

  • Maklum balas terhadap pencapaian -menilai pencapaian prestasi serta mengetahui prestasi sendiri. Ada di antara mereka menunjukkan prestasi berkurangan (menurun) di sebabkan faktor stress. Tekanan di sebabkan karenah banduan dan masalah kebajikan staff dikenalpasti.

CADANGAN MEMPERBAIKI AMALAN PENGURUSAN

  • MEMUPUK SEMANGAT BERPASUKAN

  • LATIHAN BERTERUSAN

  • PEGAWAI ATASAN PERLU 'TURUN PADANG'

  • MENAMBAH KAKITANGAN

PENUTUP

Dapatan kajian menunujukkan kumpulan sokongan di Jabatan Penjara Kluang mengalami tekanan kerja disebabkan oleh bebanan kerja yang tidak terbendung, agihan tugas yang tidak adil, kekurangan sumber (infrastruktur, kakitangan), serta berhadapan dengan karenah banduan.  Lebih 50% daripada mereka tertekan disebabkan faktor bebanan tugas dan karenah banduan. Bebanan tugas merupakan tahap stress yang tinggi (faktor dominan) dan ianya adalah kerana kekurangan kakitangan dan penglibatan kakitangan dalam pelbagai program luar.

KajianStressPenjaraKluang

By slidejksnj

KajianStressPenjaraKluang

  • 4,258