TOKOH SAHABAT

- MUAZ BIN JABAL

BIODATA

nama Muaz bin Jabal
kuniyah Abu Abdul Rahman
nama ibu Hinda binti Sahli
keturunan bani salmat daripada golongan anshar
wafat  di Damsyik pada tahun ke-18 hijrah pada zaman khalifah Amru bin Al-Khattab ketika bersusia 33 tahun

SIAPAKAH MUAZ BIN JABAL ?

- Muaz bin Jabal adalah seorang tokoh dari kalangan Anshar yang ikut baiat di perjanjian Aqabah kedua.

- Di samping itu , Muaz ini merupakan salah seorang dari 6 orang sahabat yang menghafal Al-Quran di zaman Rasullah SAW dan berjaya mengumpulkan Al-Quran secara sempurna.

- Sewaktu zaman Rasulullah SAW masih hidup , Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengangkat Muaz untuk menjadi guru bagi kaum muslimin disebabkan kealiman dan kewibawaan ilmu yang dimiliki.

KELEBIHAN

Muaz mempunyai kecerdasan yang tinggi membuatkan beliau menguasai ilmu fiqh. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau mendapat pujian dari Rasulullah SAW sebagai orang yang paling mengetahui tentang halal & haram serta menjadi rujukan sahabat. Selain itu, Muaz terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas. Muaz juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali dikirim Rasulullah.

KEISLAMAN

Muaz bin Jabal adalah sahabat nabi yang berbaiat kepada Rasulullah sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat nabi yang pertama kali masuk Islam , berasal dari Yathrib Madinah.Atas usaha Musab bin Umair , Muaz memeluk Islam  sebelum peristiwa hijrah.

WAFATNYA  MUAZ

Muaz bin Jabal diketahui wafat pada tahun 18 hijrah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia muda iaitu 33 tahun. Sebelum berpulang ke rahmatullah , beliau sempat berada di tengah daerah Syam yang ketika itu sedang dilanda wabak penyakit taun. Beliau juga wafat disebabkan oleh penyakit tersebut . Meninggalnya beliau merupakan kabar duka bagi muslimin.

PENGAJARAN DARI MUAZ BIN JABAL

1] Ketinggian iman & takwa menjadi sebab utama seseorang hamba Allah sangat dikasihi Allah & Rasul-Nya.

2] Kerana dorongan iman dan takwa, seseorang muslim berusaha menjadi seorang yang terbaik dan melakukan usaha (kerja) yang baik.

3] Kerana suluhan iman & takwa hidup seorang muslim menjadi terarah & bermatlamat , seluruh umur menjadi berkat & segala usaha membuahkan manfaat.

Thank You!

Questions?

Palette

By Areesya Khalim